DISCLAIMER

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.


Order Form/Borang Pesanan

Name:
Email Address:
Order Description
Delivery Address
Contact No.
Mode of Payment (pls choose one)
Query/Opinion

Get your own free form like this one.

16 January 2015

MINGGU PERTAMA SEKOLAH

Assalam,

Dekat seminggu tak update entry...mana taknya busy melayan abah..nak pantau supaya dia pandai cucuk insulin dengan makan minum dia...orang dah biasa belasah semua makanan bila disuruh pantang confirm susahkan...

dalam masa yang sama minggu sekolah dah mula kan...kakak dah pun darjah 2, abang adib plak masuk tadika...kakak so far takde masalah pun...juz nak tengok adib je la...hari pertama...asyik nak keluar tadika je cari mama...last-last cikgu halau parent..hihihi...alhamdulillah adib tak nangis cuma nampak la muka cuak dia...


abis je waktu sekolah...adib nampak je ayahnya..excited sungguh dia cakap dengan ayah
'Ayah, seronoknya pergi sekolah.....arini adib nanyi, menari dengan kawan-kawan' betapa seronoknya dia...alhamdulillah semoga adib sentiasa suka pergi sekolah...siap cakap lagi...'mama, cikgu tak suruh tulis lagi..bila nak belajar nih?' hehehe...


Semoga anak-anak mama mampu melayari zaman persekolahan dengan sempurna..belajar rajin-rajin..tuntutla ilmu dunia dan akhirat sebaiknya...jadi anak yang taat pada Allah dan ibu bapa...semoga mama ayah dapat mendidik dan membentuk damia, adib dan ammar ke arah kebaikan..

Amin..









07 January 2015

Perbezaan Vitamin C Shaklee : Chewable 100mg Dan Sustained Released 500mg





Shaklee menyediakan 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C 500mg  dan juga Chewable Vita-C 100mg. Kedua-dua jenis vitamin ni tak kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi ramai orang salah faham! Kebanyakan orang sangkakan Sustained Release Vita-C 500mg tu untuk orang dewasa dan Chewable Vita-C 100mg tu untuk kanak-kanak
Perbezaan Kandungan Vitamin C Chewable 100mg dan Sustained Released 500mg
CHEWABLE VITAMIN C PLUS 100MG
  • Mengandungi Vitamin C Plus [100mg]
  • Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
(provide 2.0mg Hesperidin)
(Provide 2.0mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 1.50mg Orange Biofolavonoids)
(Provide 0.50mg Grapefruit Bioflavanoids)
# Rose Hips Powder – 40.00mg
VITAMIN C PLUS SUSTAINED RELEASE 500MG
  • Mempunyai Vitamin C – 553.00mg
  • Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 120.00mg
Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg)mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

CARA TINDAKAN CHEWABLE VITAMIN C 100MG
  • Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah.
  • Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!

KELEBIHAN CHEWABLE VITAMIN C 100MG


  • Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
  • Lebih mudah dikunyah.
  • Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
  • Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
  • Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.

CARA TINDAKAN SUSTAINED RELEASE  VITAMIN C 500MG
  • Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet.
  • Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Sustained Release’ kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam!  Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi ‘Sustained Release’, Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?

KELEBIHAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C 500MG
  • Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
  • Tidak perlu ambil berulang kali.
  • Dengan formulasi ‘Sustained Release’ ataupun ‘Pelepasan Masa’.
Pilihan di tangan anda untuk memilih mana satu jenis vitamin C yang anda perlukan dalam kehidupan anda.
ZURAIDA
sms/whatsapp ♥ 0126582602 
FB: Zuraida AP 
Insta : azueshoppe 
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com 

♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju



06 January 2015

PENYAKIT BUAH PINGGANG

Assalam...

Ingin saya kongsikan di sini penyakit kronik yang dihidapi abah saya ketika ini. Dia telah pun disahkan mengalami masalah buah pinggang. Buat masa ni rawatan haemodialisis belum lagi dibuat, masih menunggu hasil keputusan ujian darah. Semasa abah di hospital, saya ada juga bertanya dengan doktor dan nurse2 yang merawat. Alhamdulillah mereka semua banyak membantu.

Saya ada membuat pencarian info mengenai penyakit buah pinggang supaya saya dapat lebih memahami penyakit ini dan dapat menyebarkan pada anda semua agar kita semua dapat menjaga kesihatan kita dengan lebih baik lagi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama



Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Jom ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.
Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :
1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa.
 Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut.
 Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas.
 Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Sumber : Melayukini.net 

Punca-punca kerosakan buah pinggang

Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.

“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus) daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.

Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.
Sumber: FreeVitamin
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak memberi kesedaran pada kita semua. Semoga kita lebih menjaga kesihatan kita. Insyaallah saya akan cuba memberi info mengenai penjagaan pesakit buah pinggang dalam entri seterusnya. Berikut sedikit tips untuk mencegah penyakit buah pinggang
8 Tips mencegah penyakit buah pinggang
1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda. Cara paling mudah untuk mengekalkan tekanan darah yang normal adalah dengan menghadkan jumlah garam dan makanan yang dipenuhi natrium yang anda ambil. Sedikit garam diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan anda, jadi jangan buang sepenuhnya garam daripada diet anda. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.

3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat, masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

7. Sentiasa kekal aktif. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal.

8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu  membersihkan kotoran daripada sistem anda.

Sumber: Info Kesihatan



VITA LEA UNTUK KANAK-KANAK ~MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK ANAK HEBAT!!!







Assalammualaikum dan selamat pagi pada semua..

Hari ini zue nak share 1 lagi produk hebat Shaklee yang telah diumumkan penjualannya di pasaran Malaysia iaitu VITA-LEA FOR CHILDREN

Sebenarnya produk ini pernah ada di pasaran..tak silap tahun 2012...kemudian atas sebab untuk improve formula vitamin ini, production dihentikan pada 2013...

Sekarang ia muncul kembali...jadi sekarang kanak-kanak ada vita-lea...dewasa pun ada vita-lea












VITA-LEA FOR CHILDREN ni ada 18 vitamins dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anaka-anak

Paling penting, ia dibuat dari bahan semulajadi,,TIADA PERASA, PEMANIS TIRUAN.
Semuanya semulajadi.

Pemanis semulajadi iaitu Xylitol digunapakai dalam vitamin ini. Jadi tiada masalah kaviti seterusnya ia bagus untuk kesihatan gigi.

Vitamin ini dalam bentuk 'chewable tablet'...rasa anggur semulajadi...confirm anak anak suka!!

Sempena pengenalan produk baru ini, dapatkan vitamin ini pada harga yang memang terbaik

Jangan lepaskan peluang ini..dapatkan sebelum 31 Januari 2015



FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE &
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
♥ZURAIDA ♥ 
0126582602 
FB: Zuraida AP
Insta : azueshoppe 
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com
 ♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju



05 January 2015

ABAH dah bole discaj hospital

Alhamdulillah...perkabaran yang baik buat hari ini...adik call tengahari tadi n cakap abah dah bole kuar dari hospital...

Hampir 2 minggu saya bercuti kerana abah di hospital..hari ini sudah mula bekerja semula...di lembaran baru  tahun 2015...

Lepas kerja nanti direct ke HUKM untuk uruskan discaj....banyak benda perlu diketahui sebelum abah keluar....benda baru yang perlu kami adik beradik belajar...

SUNTIKAN INSULIN
PENJAGAAN DAN PEMAKANAN PESAKIT DIABETES

Setakat ini hanya 2 perkara ini bermain di kotak fikiran...tadi pun dah google berkaitan diabetes...

Doa dan harapan agar saya, suami dan anak-anak  mampu menjaga abah dengan sempurna.

Insyaallah..Amin...

Seperkara lagi... di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pelanggan dan rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan abah saya...Alhamdulillah dengan izinNYA

Selalulah berdoa...DOA ITU PENYEMBUH






Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers