DISCLAIMER

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.


Order Form/Borang Pesanan

Name:
Email Address:
Order Description
Delivery Address
Contact No.
Mode of Payment (pls choose one)
Query/Opinion

Get your own free form like this one.

30 October 2014

SET TAMBAH BERAT

 Di sini akan saya kongsi tips dan cara untuk menambahkan berat badan.




Anda perlu mengambil meal shake, B complex dan vitalea mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selepas sebulan.

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2.. janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu Mealshake)
Makan B complex (1 biji) dan Vitalea (1 biji) dengan air kosong.

Brunch (Makan dalam jam 10 pagi iaitu makan antara makan pagi dan makan tengah hari) :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

Tengah hari /lunch:
Makan siang yang bergizi seperti biasa seperti -nasi plus lauk ayam/ikan/daging. (Tak perlu makan banyak)

Minum Petang /Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak). Makan Vitalea 1 biji.

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping. Minum susu 1 gelas
PERATURAN /RULES
Senaman sehari 10 minit paling kurang...tak perlu melakukan senaman yang berat. Cukuplah dengan mengangkat botol air mineral yang 500 liter tu. isi air dlm tu. angkat mcm angkatberat. Ataupunskipping atau apa-apa senaman untuk membina otot badan dan Jangan makan makanan ringan dan ikut jadual ni selama sebulan.

Serba sedikit penerangan tentang Meal Shake, Vitamin B dan Vitalea.

Meal Shake - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap macam milk shake kat McD.

Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitalea
 - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


Anda terlalu kurus? Jadi dapatkan set ini yang bukan sahaja menambah berat malah menyihatkan

Hubungi :

ZURAIDA ♥ 0126582602
FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com

♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju

27 October 2014

TUPPERWARE OVERSEA


Assalammualaikum....

Zue cuba menjual Tupperware dari luar negara memandangkan permintaan agak hebat juga.

Selama ini zue hanya beli untuk koleksi sendiri tapi kesian pada kawan-kawan yang ingin juga dapatkan koleksi Tupperware luar yang sememangnya menarik dari segi warna...

tapi harga sedikit mahal sebab ada cukai dikenakan bila import barang kan...

Alhamdulillah zue dapat cari reseller yang berdekatan...Mungkin zue akan amik pre order dulu untuk certain barang sebab stok luar negara limited sangat.....

Berminat? bole sms/whatsapp zue ye...0126582602



TISSUE BOX
1.5l DAN 550ML
RM44.00


SUNRISE PITCHER 2L
RM45.00


ACTIVE SET
RM40.00

JUMBO MUG 500ML (2)
RM40.00

19 October 2014

PANDUAN AKTIVITI UNTUK ANAK

Teks: Ashikin Hashim

Foto: Google

Ada beberapa perkara yang kita wajib pastikan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan bersama anak di rumah adalah menarik dan bermanfaat untuk anak.

1. Jangkamasa yang pendek

 

Kebanyakan anak-anak mempunyai jangkasama untuk fokus yang pendek. Anak di bawah umur 7 tahun adalah terlalu  muda untuk fokus pada sesuatu kerja dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, pastikan aktiviti yang hendak anda lakukan bersamanya adalah aktiviti yang sesuai dengan umur dan kemampuannya. Jadikan diri anada dan aktiviti yang dirancang itu sesuatu yang fleksibel untuk anak-anak.

2. Bantu anak

 

Bantu anak ketika mereka melakukan aktiviti yang anda telah rancang. Kadangkala mereka memerlukan bantuan ketika menggunting, melekat, mewarna dan sebagainya. Memang anak-anak suka untuk bersikap berdikari tetapi anda perlu ada di sisi untuk sentiasa membantunya ketika perlu. 

Contohnya, cara penggunaan gunting yang betul memerlukan tunjuk ajar daripada kita. Tanpa pengawasan yang baik, mungkin mereka menggunakannya dengan cara yang salah.

3. Elakkan atau kurangkan masa menunggu

 

Menunggu dalam jangka waktu yang lama kadangkala memeritkan bagi sesetengah anak. Rancang aktiviti anda bersama anak dengan baik dan teratur.

4. Pastikan anak terlibat


Aktiviti yang baik adalah aktiviti yang melibatkan anak-anak. Bukan aktiviti yang hanya memerlukan anak-anak duduk dan lihat apa yang anda lakukan. 

5. Beri pilihan

 

Jadikan aktiviti ini aktiviti yang sentiasa memberi pilihan kepada mereka. Mereka sentiasa diberikan peluang untuk meneroka dan melakukan aktiviti mereka dengan cara yang mereka suka namun masih lagi mengikut petunjuk yang diberikan. Bagi seorang kanak-kanak, matahari bukan bulat, awan bukan putih, seekor kucing mungkin mempunyai telinga sebelah yang lebih besar.

17 October 2014

KEBAIKAN VITAMIN SUSTAINED RELEASE VITA C



SUSTAINED RELEASE VITA C 500mg

Setelah 1 tahun Vitamin C Sustained tidak dikeluarkan...Kini Ia Kembali lagi...!!!!
Sememangnya ia mendapat permintaan ramai... selain tu juga vitamin C Sustained juga telah mencetuskan satu Fenomena... menjadi Kegilaan ramai gitu......

Nak tahu tak ...Apa perbezaan Vitamin C Shaklee dengan keluaran produk lain.....


1. Setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya...

2. Ujian Klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.








Jom kita tengok apa manfaat VITAMIN C Shaklee 

nie!!!MANFAAT UTAMA :

Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan
-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
✿Peningkatan Sistem Imun 
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
Memerangi kanser 
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
✿Mencantikkan Kulit 
- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia 
- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
✿Mengekalkan kolestrol sihat 
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.






 PETIKAN DARI MAJALAH MINGGUAN WANITA:



SEBOTOL mengandungi 180biji..sehari ambil sebiji je..tahan 6 bulan
Harga Mampu Milik......

Hubungi :

ZURAIDA ♥ 0126582602
FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com
♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju



APA ITU CAROTOMAX

Sebenarnya Carotomax ni bukan hanya untuk membantu masalah tentang mata (i.e.rabun) tetapi adalah untuk awet muda, untuk kesihatan jantung, untuk kulit, antioksidan dan mencegah Alzheimer.. haaa..banyakkan fungsi Carotomax nih..Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang Carotomax nih..


Tahukah anda Shaklee mempunyai vitamin A terbaik untuk kesihatan tubuh badan kita? Ia dipanggil Shaklee CarotoMax. Vitamin A merupakan salah satu vitamin larut lemak dan juga antioksidan yang baik untuk mengawal radikal2 bebas.



CAROTOMAX adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

MANFAAT UTAMA:
1) Lebih selamat daripada Vitamin A - Penemuan tewal vitamin adalah pd tahun 1912 iaitu vitamin A.Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pd tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.

2) Mempertingkatkan penglihatan- Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap.Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam),rabun dekat,presbyopic,astigmatism,xerophtalmia (mata kering),kelesuan mata,glaucoma,katarak,floaters,eye bag dan gegelung hitam mata.

3) Meredakan penyakit kulit- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis ,senile palgue ,kulit kering,kulit gugur ,jerawat dan akne.Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies,akne dan ulser kulit.

4) Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar korna,rongga oral,usus,perut,paru-paru,bronkus,pundi kencing,ovari semsa disintegrasi tisu,merawat ulser saluran usus.

5) Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sisitem imun,melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bhahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali  kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mat yang teroksida.

6) Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru,batu,hepatitis,ashtma,flu dan selsema

Tanda-tanda kekurangan:
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.

Untuk mendapatkan carotomax, bole hubungi:

FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com
♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju

16 October 2014

STATUS HALAL SHAKLEE



 

Apakah definisi HALAL?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkanatau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal daganganatau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan ataumungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian ataubenda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najismengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan Ù…اليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
 Sumber: Halal Jakim
Halal bukan sahaja perlu jelas dalam produk makanan, malahan apa-apa barangan yang kita gunakan seperti kosmetik, pakaian (e.g. kasut) dan juga perkhidmatan mcm insurans, perbankan, perniagaan dan lain-lain. Dalam kes pemberian status HALAL, pihak JAKIM akan memberikan status tersebut sekiranya pengusaha makanan/produk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 
Jadi bagaimana dengan produk Shaklee? Adakah ia halal? Takde pun logo HALAL Jakim kat botol-botol Shaklee? 
Memang mencemaskan bukan? Cuba tengok kat botol vitamin Shaklee tu dengan teliti dan perhatikan di mana ia diperbuat (manufactured)? Kat mana? Yes, Shaklee di perbuat di sebuah kilang di Carlifornia, USA.
Sebenarnya, produk Shaklee telah mendapat HALAL Certificate oleh satubadan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA). Memanglah Shaklee tak menggunakan logo HALAL JAKIM, namun kalau kita bertanya dengan pihak JAKIM, mereka juga mengiktiraf Badan Islam Antarbangsa di beberapa buah negara di dunia termasuklah ISA ni. Ok, saya dah memudahkan anda untuk semak dengan membuat screen shot di website JAKIM di bawah ni.
"Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara" - JAKIM
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.
shaklee halal

 ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di
 website My Halal (KLIK SINI).

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia) Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu.

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi  contact di www.shaklee.com.my.

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

ZURAIDA ♥ 0126582602
FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com
♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju

SET KECANTIKAN SHAKLEE

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.





Istimewanya set kecantikan shaklee ini ialah ia tidak semata2 untuk kecantikan,malah sangat bagus untuk kesiahatan luar dan dalam yang lain.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

1. Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

# Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
# Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
# Menjaga kelembapan kulit
# Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


2. Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

# Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
# Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
# Mencerahkan kulit


3. Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

# Sebagai pelembap
# Mencegah pigmentasi
# Melambatkan tanda penuaan
# Mengubati jerawat


Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

* Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
* Mencegah penuaan
* Menjadikan kulit lebih kenyal
* Mencerahkan kulit
* Menjaga kulit dari sinaran UV
* Mengurangkan parut jerawat
* Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
* Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
* Menjadikan wajah lebih berseri


Tambahan untuk ESP:
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein (ESP) secara berasingan. Fungsi ESP adalah untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri. Ingat, protien adalah makanan kepada sel-sel badan kita.



Testimoni Pengguna







Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk set kecantikan shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui: 


ZURAIDA ♥ 0126582602
FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com
♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers