DISCLAIMER

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.


Order Form/Borang Pesanan

Name:
Email Address:
Order Description
Delivery Address
Contact No.
Mode of Payment (pls choose one)
Query/Opinion

Get your own free form like this one.

18 August 2014

TINGKATKAN IMUN BADAN


Assalam semua... hari ni nak ceta pasal sistem imun...setengah orang sebut antibodi badan..
ada orang kita tengok sihat je...ada orang sakit...berkait rapat dengan sistem imun la tu...

Apakah sistem imun?

Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:
• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.

Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.

Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.

Beberapa hal sederhana yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tubuh anda, antara lainnya seperti berikut:

1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sulit diatasi kerana kuman telah kebal.
2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.
3. Hindari alkohol, rokok dan narkoba.
4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)
5. Mengamalkan air mineral 2 liter setiap hari.
6. Amalkan makanan yang baik dan seimbang.
7. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.
8. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.
9. Senaman yang teratur.
10. Mengendalikan emosi dan stress secara positif.
11. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.

Bagaimana sistem imun berfungsi?
Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman dan virus. Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanafaat (jutaan bakteria dalam usus mambantu penghadaman makanan), tetapi banyak yang menjadi berbahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.

Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokus menyebabkan radang tekak. Virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya selsema, campak, beguk, malaria dan AIDS.

Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya. Ia melindungi anda melalui tiga cara utama:
• Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh.
• Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyinkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
• Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh menggesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.


Agak2 nya dalam setahun atau paling kurang dalam sebulan berapa kali kah anda semua pergi klinik amik ubat demam ke,selsema ke, btuk ke?Orang kata mcm hospital dan klinik tu dah jadi second home bagi anda???Kalau rasanya dah banyak sangat kali, tambah dan bahagi semua lengkap mmg wajib lah anda mula mengamalkan supplement semulajadi seperti NUTRIFERON atau VITAMIN C ke sebagai langkah berjaga2 untuk meningkatkan antibodi anda...




Kenapa saya mengesyorkan suplemen-suplemen semulajadi tersebut?

Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan interferon semulajadi dalam badan kita. Ia mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari. Bahkan melalui kajian eksklusif yang dilaksanakan oleh Shaklee, Nutriferon mampu merangsang  dan mempertingkatkan secara menyeluruh sistem imun dan berfungsi untuk membunuh virus dan bakteria. Malah bagi mereka yang alergic, adalah amat digalakkan mengambil Nutriferon untuk bina antibodi dalam badan – elak rasa gatal-gatal badan.

Manakala Vitamin C pula sebagi agen antioksidan yang dapat membantu tubuh menyahtoksin segala toksin dan bahan kimia yang boleh mengancam sistem imun tubuh yang kita sayangi ini.

Vitamin C memang kaya dengan antioksidan dan ialah berfungsi untuk membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan saluran darah kita. Amalkan Vitamin C sebiji setiap hari, Insya Allah kadar kita kena virus demam selsema akan berkurangan.

Jadi beringat2 lah sebelum sakit...bila kita sihat semua yang kita buat akan jadi best...happy dan akan rasa muda sentiasa...;)

Jom dapatkan dari saya 2 produk yang super hebat ini...hanya perlu hubungi saya di nombor yang tertera di bawah ini...

ZURAIDA ♥ 0126582602
FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
Emel: onlinedotbiz@yahoo.com
♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju

11 August 2014

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Bersawang sebulan gak blog ni tak ber'update....mood raya terlebih benar♥♥....
Tak terlewat rasanya saya ingin mohon maaf kepada semua pengunjung blog, pelanggan tersayang...sempena bulan Syawal yang mulia ini...

Insyaallah...saya cuba update blog ini secepat mungkin....

Raya Greeting with Ketupat


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers