DISCLAIMER

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.


Order Form/Borang Pesanan

Name:
Email Address:
Order Description
Delivery Address
Contact No.
Mode of Payment (pls choose one)
Query/Opinion

Get your own free form like this one.

31 December 2014

Dugaan 2014

Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Hari ini hari terakhir bagi tahun 2014.
Pelbagai kenangan atau kejadian yang berlaku pada tahun 2014.
Dalam kita menghadapi musibah banjir yang sangat menginsafkan. .
Saya juga diberi dugaan besar apabila abah tercinta tiba tiba sesak nafas pada 21 dec lps...Allahuakbar. ..perkara yang memang akan saya jangka suatu hari akan berlaku...
Kenapa saya jangkakan? Sebabnya abah saya 5 tahun lepas sudahpun diketahui injap jantung tersumbat 3 saluran melalui kaedah angiogram. ..doktor dah suruh buat bypass....saya dan mak serta adik beradik lain puas pujuk...memang tak makan pujuk. ..malah follow check up di Institut Jantung Negara pun dah  lama stop...merokok tak tinggal...pemakanan tak jaga.
Allahuakbar. ..itu sebab saya kata yang terjadi 21hb sudah saya jangkakan pasti akan berlaku.
Sekarang ni abah masih berada di HUKM Cheras. ..sudah 10 hari....akibat sesak nafas...akibat masalah jantung..paru paru juga bermasalah dan yang lebih merisaukan akibat gula yg tidak terkawal menyebabkan buah pinggang juga bermasalah ...semasa hari ke 5..doktor ada katakan untuk buat hemodialisis (cuci darah) tapi sehingga kini doktor belum buat..masih melihat..memantau keadaan darah dan sebagainya. ..
Kami sekeluarga sentiasa berdoa dan  berfikiran positif. ..doktor juga maklumkan kepada saya,abah saya sangat berisiko...semuanya bergantung pada kekuatan badan abah melawan penyakit dan semuanya dari Allah..semoga Allah panjangkan umur abah..amin
Ketika ini, abah dah bole bercakap tanpa bantuan oksigen. .tapi cara dia bercakap seperti dia under drug...klu orang tua cakap macam nyanyuk. ..doktor cakap ia mungkin mengambil masa lama untuk pulih atau kekal...Insyaallah apa shj keadaannya..kami redha...
Mungkin itulah 'bahagian' yang Allah bagi pada kami..
Semoga Allah mudahkan urusan abah dan juga kami...amin.
Nasihat saya pada anda semua...tinggalkan rokok...
Tinggalkan makanan berlemak dan masin
Banyak bersenam dan jangan lupa jumpa doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda...tak salah pegi cek utk tgk tahap gula..tahap kolesterol. .darah tinggi. ..diabetes dan mcm2  )
JAGALAH KESIHATAN ANDA...

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik..AMIN...

08 December 2014

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers