DISCLAIMER

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.


Order Form/Borang Pesanan

Name:
Email Address:
Order Description
Delivery Address
Contact No.
Mode of Payment (pls choose one)
Query/Opinion

Get your own free form like this one.

16 October 2014

SET HAMIL

Semasa kita sedang hamil  memang disarankan untuk mengambil pemakanan seimbang dan penuh nutrisi. Bukan takat untuk kebaikan baby dalam perut, tapi jugak untuk kesihatan ibu sepanjang kehamilan hingga ke saat bersalin. Sebab tu kalau pergi hospital, doktor akan prescribe kita dengan beberapa vitamin kehamilan. Multivitamin lah, Calcium lah, minyak ikan lah dan banyak lagi


Tapi untuk kehamilan kali ni, saya memilih untuk bershaklee- shaklee :) Walaupun kami boleh je dapat free dari hospital.Keanapa saya PILIH vitamin shaklee semasa saya sedang 
hamil?



Vitamin Kehamilan





1. Menghilangkan Loya Morning Sickness

Vitamin B6 dan Vitamin B12 membantu melegakan morning sickness.
Vitamin B Complex turut mengandungi Vitamin B9 turut dikenali sebagai Folic Acid. Folic Acid sangat penting untuk mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi. Sangat penting di ambil di awal trimester sebab masa ni lah tulang belakang bayi sedang terbentuk. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan unsur B1 hingga B12, lengkap dengan Folic Acid sekali lah maknanya. Kalau ambil Shaklee, dah tak perlu ambil folic acid hospital

2. Blood Clot (elak tumpah darah lepas bersalin)

Tahukah anda, pengambilan vitamin yang betul membantu blood clot semasa bersalin. Kata lainnya,  pengambilan vitamin yang betul mengelakkan risiko tumpah darah selepas bersalin. Vitamin yang dimaksudkan adalah Calcium. Kat sini Shaklee offer Ostematrix sebagai sumber Calcium. Almaklum lah, kengkadang ada ibu rasa tak lalu nak minum susu atau makan sayur sebagai sumber calcium. Jadi boleh lah amalkan Ostematrix hingga ke saat bersalin

Istimewanya Ostematrix ni, ia turut di lengkapi dengan agen penyerap Calcium; iaitu Magnesium dan Vitamin D. Agen penyerap ni membantu tubuh kita serap Calcium. Tanpa agen penyerap, memang tubuh xdpt serap calcium

Selain Ostematrix, Alfalfa juga membantu blood clot. Tapi kalau ibu preggy nak ambil Alfalfa, dinasihatkan jangan ambil di awal kehamilan. Ambil di akhir kehamilan, macam dah nak dekat due ke, sebab Alfalfa ni herba. Di takuti ia induce contraction


3. Elak Jaundice

Alfalfa terbukti dapat mengelakkan jaundice berdasarkan pengalaman beberapa kenalan. Bahkan native american sendiri dah lama praktikkan amalan ni. Namun caution, disebabkan Alfalfa ni boleh induce contraction, ibu yang nak ambil hanya boleh ambil di akhir kehamilan, macam dalam bulan ke-8 gitu. Dan tak boleh lebih dari sebiji

Tapi nanti kalau lepas bersalin boleh lah ambil maksimum 10 biji. Iamembantu ibu berpantang untuk melawas dan merangsang penghasilan susu ibu


4. Meningkatkan bilangan HB Darah

Biasa kalau saya lah, awal kehamilan memang rasa letih semacam. Perkara ni normal. Masa ni placenta mula terbentuk. Asalnya tubuh kita just supply darah untuk kita sorang, tapi kali ni nak kena supply untuk kita si ibu plus placenta dan baby yang baru terbentuk. 

Bila kurang makan makanan berzat besi seperti daging atau sayur, maka bilangan HB darah berkurang. Kat sini lah Alhamdulillah Vitalea Iron Formulated membantu. Rata-rata pengalaman kenalan, dari HB 8 boleh naik hingga HB 13! ALhamdulillah

5. Mengelakkan risiko pre-eclampsia

Biasanya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan) ni detected pada akhir kehamilan. Kalau anda pernah alami sejarah pre-eclampsia, anda perlu menitik beratkan pengambilan protein yang cukup semasa kehamilan. Mula kan sejurus anda tahu anda hamil. Boleh baca di sini tentang penerangan saya mengenai pre-eclampsia.

Untuk protein, anda boleh dapatkan ESP, sumber protein terbaik kerana ia bebas lemak, bebas kolesterol dan tulen.

6. Mengelakkan risiko anak kurang sempurna fizikal, atau organ terbentuk kurang sempurna

Atau kata mudahnya, moga anak yang dilahirkan tak cacat pancaindera, dan semua organ termasuk jantung, paru-paru, etc semua sempurna. Kat sini lah pentingnya pengambilan protein. 

Sebab apa?

Protein merupakan asas pembinaan sel dalam tubuh. Mula-mula sel terbentuk, kemudian membentuk tisu, kemudian organ, kemudian system, kemudian tubuh terbentuk sempurna. 
Sel > Tisu > Organ > Sistem > Tubuh

Protein yang Shaklee offer adalah ESP. Pengambilan Calcium juga penting sebab calcium membantu pembentukan darah, dan sistem kardiovaskular bayi. Calcium Shaklee adalah Ostematrix tadi.

7. Mengurangkan risiko anak menghidap allergik

Tahukah anda, kalaupun anda atau pasangan dua-dua ada allergik, contohnya Eczema, kita boleh usahakan supaya baby tak dapat allergik. Iaitu dengan pengambilan vitamin minyak ikan. Vitamin minyak ikan yang Shaklee offer adalah Omega Guard. Banyak kelebihan Omega Guard ni sebenarnya. Ia turut membantu perkembangan otak bayi, perkembangan visual bayi, melembutkan bahagian vagina (kasi bukaan lembut semasa nak bersalin), sebab ia mengandungi asid lemak -3. 

Omega Guard ni istimewa berbanding minyak ikan lain sebab kandungan DHA dan EPA nya paling tinggi antara semua brand. Dan ia nya BUKAN dibuat dari hati ikan (cod liver). Hati ikan ni penuh toksik, jadi Shaklee memilih untuk buat minyak ikan Omega Guard dari ikan sebenar, bukan hati ikan

Ok, panjang dah rasanya saye tulis. Next saya akan kongsikan vitamin yang sesuai untuk atasi rasa susah nak tidur malam-malam, atasi masalah Gestational Diabetes (GDM), atasi rasa lesu dan letih semasa hamil, dan maaacam2 lagi :)

Ibu- ibu hamil yang berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh lah hubungi saya 



ZURAIDA ♥ 0126582602
FB: Zuraida Abd Puzi
Insta : azueshoppe
♥COD: Sg Besi, Jalan Istana, Cheras, Ampang, Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers