Arini zue nak share produk Shaklee yang lain iaitu Herbal Blend...Semakin hari semakin dekat dihati produk Shaklee ni...secara peribadi testimonial terbaik mestilah diri sendiri, anak-anak dan suami..yelah dah cuba baru boleh share dengan semua...
Anak-anak zue semua ada eczema...bukanlah jenis yang serius sangat tapi kalau tak dipantau bole jadi serius juga..
Zue ceta sikit pasal eczema ye...
Eczema ni, sebenarnya ada macam-macam jenis.
Ini hasil bacaan dan perkongsian dengan sahabat-sahabat yang pernah mengalami masalah yang sama. Antaranya jenis yang berair, kering dan juga bersisik. Jadi, perlulah memahami apakah sebab yang menjadikan eczema berlaku. Ada sesetengah anak kecil terkena eczema kerana alahan terhadap makanan atau persekitaran.
Anak-anak zue juga menghadapi masalah yang sama. Lebih-lebih lagi sejak 2-3 minggu kebelakangan cuaca sangat panas, keadaan eczema menjadi2. Antara tips berikut boleh diamalkan bagi membantu anak-anak kecil ini.
Waktu mandi
- Elakkan mandi dengan air panas. Ini akan mengeringkan kulit. Kulit anak akan jadi lebih gatal nanti.. Mandi dengan air biasa-biasa saja.
- Elakkan mandi lama sangat. Kurangkan sentuhan air pada kulit. Sebaiknya, mandi sekejap sahaja dengan air biasa.
- Elakkan penggunaan sabun bayi yang biasa. Cari sabun yang lembut, tanpa pewangi yang boleh melembabkan kulit anak. Sabun yang wangi biasanya mengandungi bahan kimia yang boleh mengeringkan kulit.
- Elakkan scrub atau gosok kulit tu kuat-kuat. Lepas mandi pun, elakkan daripada mengelap secara menggosok dengan tuala kuat-kuat. Lap-lap (pat), gitu-gitu je sampai kering.
- Selepas mandi, cepat-cepat sapukan krim, lotion atau minyak bayi, sementara kulit masih lembab. Ini membantu penyerapan kelembapan ke dalam kulit.
Elakkan menggaru
- Gunakan krim pelembap. Ada banyak jenis krim pelembab di pasaran. Pastikan ia bersesuaian dengan kulit anak. Kalau pakai krim kulit lembab..kalau kering mesti dorang garu..ermm sedap garu tu..
- Doktor mungkin akan menyarankan pengambilan antihistamine bagi mengurangkan kegatalan. Dulu..memang zue amik ubat klinik juga...tapi sekarang cuba untuk tidak mengambil lagi sejak mengambil Shaklee..
- Yang paling penting, pastikan kuku mereka sentiasa pendek. Anak-anak kecil ni gemar menggaru terutama sewaktu tidur malam....kalau dah garu siap la nnti parut...
- Makanan, terutamanya bayi yang sensitif dengan protein susu lembu. Makanan laut, kekacang, coklat pun ada tenusu kan? macam anak zue memang hantu coklat..kalau makan banyak sangat confirm eczema naik....
- Selimut, atau mainan yang berbulu. Contohnya teddy bear yang berbulu.
- Sabun detergen, serta semua bahan pencuci di dalam rumah hendaklah disorokkan agar tidak dapat disentuh oleh anak-anak.
- Pastikan suhu dalam rumah sentiasa sejuk. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas, ia menyebabkan anak-anak berpeluh dan keadaan ini lebih merengsakan.
- Beri anak minum air yang banyak, bagi membantu kulit sentiasa lembap.
Bagi mereka yang ingin meringankan penderitaan anak-anak yang menghidap atopic eczema, zue cadangkan beri mereka suplemen berikut.
Bagi Rawatan Luaran, bole guna Herbal Blend Shaklee..ni sapu tau..
Bagi rawatan dalaman..bole beri anak-anak Mealshake dan Omegaguard..memang inilah yang zue beri pada anak-anak zue...Alhamdulillah kulit bertambah licin...anak-anak pun jarang demam, selsema....
Eczema, bukan lah satu penyakit berjangkit. Tak perlu kita susah-susah nak pisahkan dengan orang lain. Kita cuma mampu berikan dia suplemen agar antibodi mereka kuat dan akhirnya eczema akan pergi. Biasanya ia akan hilang, apabila anak semakin meningkat usia. Tetapi, anda perlu bawa jumpa doktor, sekiranya keadaan eczema anak terkena jangkitan bakteria. Antara tanda-tandanya:
- Anak demam panas
- Sekeliling kawasan gatal kelihatan merah dan panas
- Naik pula biji-biji berair di kawasan yg gatal
Jadi, mari sama-sama kita bantu anak-anak kita menghadapi masalah eczema
Untuk info lanjut, bole sms/whatsapp zue 0126582602